AYAM MASAK KANTONIS
AYAM MASAK KANTONIS
Bahan-Bahan:
10 ketul ayam
2 labu bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - diketuk
2.5 cm halia muda - dihiris
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil minyak bijan
minyak untuk menumis
Cara:
Gaulkan kesemua bahan dengan ayam. Masukkan ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana. Periuk hendaklah ditutup ketika memasak supaya ayam masak dengan sempurna. Masak dalam lingkungan 15 - 20 minit. Kebiasaan masakan ini tidak berkuah. Jika inginkan kuah banyak, tambah 1/2 - 1 cawan air ketika ayam sedang mendidih. Masakan ini tidak memerlukan garam kerana jus ayam bercampur kicap akan memberikan perisa yang enak.
3:40 PM
|
|
You can leave a response
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment