Roti Goreng
Roti Goreng
Bahan-Bahan:
8 keping roti sandwich (disapukan mentega pada 4 keping sahaja)
Sedikit minyak makan untuk melenser
3 biji telur Garam & lada sulah secukup rasa
Bahan Tumbuk:
90 gm udang kering (direndam & ditoskan)
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Bahan Tambahan:
250 gm ubi kentang (dikupas kulitnya,dipotong dadu & digoreng)
Daun pudina (dicincang)
1 biji sedang timun (dibuang kulitnya,dipotong dadu, di perasakan & ditoskan)
Air panas yang cukup untuk meliputi timun,garam,lada sulah & cuka secukup rasa (dicampurkan untuk memperasakan timun)
Cara:
Pijarkan 2 cudu minyak makan & tumis bahan tumbuk hingga garing.
Toskan minyak kedalam kuali & biarkan sejuk.
Ketepikan sedikit kentang goreng, untuk hidangan tambahannya.
Campurkan kentang selebihnya ke dalam campuran yang telah masak.
Bahagikan inti kepada empat keping roti yang telah disapukan dengan mentega.
Tutupkan dengan kepingan roti selebihnya.
Potongkan kulitt tepinya yang keras & potong menyerong tiap-tiap sandwich.
Pijarkan sedikit minyak untuk melenser.
Celupkan sandwich dalam telur & gorengkan hingga garing.
Toskan betul-betul minyaknya di atas kertas dapur.
Isikan ke dalam pinggan & hidangkan dengan bahan-bahan tambahan.
9:33 PM
|
|
You can leave a response
0 comments:
Post a Comment