LAKSA SRI PANTAI TIMUR

LAKSA SRI PANTAI TIMUR





Bahan-Bahan:
10 ekor ikan sardin
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 biji lada hitam
1 cm halia
½ kg santan pekat
1.5 liter air
garam
serbuk perasa
1 keping asam keping

Cara:
ikan direbus, dibuang tulang dan diblender. Bawang putih, bawang merah dan halia diblender. Lada hitam ditumbuk lumat. Campurkan semua bahan blender dalam periuk dan tambahkan santan, air, garam, serbuk perasa dan asam keping. Rebus di atas api sederhana hingga mendidih. Kuah perlu dikacau agar tidak berketul. Perlu diingtkan agar tidak dididih terlalu lama cukup sekadar mendidi sahaja.

Cadangan Hidangan:
Dimakan bersama laksa segar atau laksam. Enak dimakan bersama ulam yang terdiri daripada taugeh, timun, daun kesum, bunga kantan dan kacang panjang (yang dipotong halus).

0 comments: