NASI AYAM
Bahan-Bahan:
Beras (mengikut sukatan sendiri)
Daun pandan
2 kiub pati ayam
2 biji bawang besar
Bunga lawang/cengkih/buah pelaga/kayu manis
1 senduk majerin - untuk menumisHalia sebesar ibu jari
Cara:
Basuh beras dan toskan nya.Panaskan marjerin dan tumis bawang/daun pandan/bunga lawang/bunga cengkih/buah pelaga dan kayu manis sehingga naik wangi.Kemudian masukkan beras goreng sebentarSetelah itu masukkan air rebusan ayam dan kiub ayam.Akhir sekali masukkan sedikit garam.
12:10 AM | | 0 Comments
NASI GORENG KERABU
Bahan-bahan :
3 biji cili padi
1 biji cili merah
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
secubit belacan
sos tiram & kicap sotong (secukup rasa)
garam & gula secukup rasa
(semua bahan di atas ditumbuk)
Bahan-bahan tambahan :
sedikit minyak masak untuk menumis
2 biji kacang panjang(potong nipis)
1/2 kuntum bunga kantan (potong nipis)
1 batang serai (potong nipis)
200 gram ayam(potong kecil)
200 gram udang
1 biji telur
Cara-cara :
1. Panaskan minyak
2. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau
3. Masukkan ayam dan udang dan tunggu masak
4. Masukkan telur, kalau hingga masak dan berpisah
5. masukkan nasi dan semua sayur-sayur tadi
6. Goreng hingga semua mesra
7. Sedia untuk dihidang
11:40 PM | | 0 Comments
NASI BERIANI
NASI BERIANI
Bahan-Bahan:
2 camca besar minyak
300 gm beras Basmathi
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan isi ayam dan kacau hingga ia separuh masak. Masukkan tomato, oregano, puri tomato, air panas, pati ayam, garam, serbuk lada hitam, saderi dan cendawan. Kacau di atas api hingga ia mendidih dan pekat. Masak nasi seperti biasa dan hidangkan. Apabila kuah cukup masak angkat dan tuang pada nasi yang dihidangkan.
11:24 PM | | 0 Comments
MEE BANDUNG MUAR
Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan Secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
Cara:
Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. Pijarkan minyak dalam kuali Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing Masukkan sos tiram Masukkan udang, daging rebus Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Cadangan Hidangan:
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.) Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan) Panaskan dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan Masukkan kedalam mangkuk leper, telur diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka. Hidangkan.
Tambahan:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya.
4:06 PM | | 0 Comments
MEE BANDUNG ANEKA
MEE BANDUNG ANEKA
500 gm mee kuning (dicelur)
4 sudu besar sos tomato
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.
Cadangan Hidangan:
Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau kasturi & daun bawang.
3:59 PM | | 0 Comments
LAKSAM BERLADA
LAKSAM BERLADA
Bahan Kuah:
1 cawan tepung beras
Bancuh tepung beras, tepung ubi, garam & air hingga sebati. Ambil satu senduk adunan & masukkan ke dalam loyang bulat. Pastikan adunan tidak terlalu tebal. Kukus hingga masak. Keluarkan dari loyang & digulung. Ulangi proses ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. Apabila mendidih, masukkan garam & serbuk lada sulah. Tutupkan api. Angkat & hidangkan.
Potong tepung laksam anggaran 1 cm tebal. Masukkan ke dalam mangkuk & bubuhkan sayur-sayuran. Kemudian tuangkan kuah panas. Enak juga dimakan dengan sambal belacan.
3:54 PM | | 0 Comments
LAKSA SRI KENYALANG
LAKSA SRI KENYALANG
Bahan-Bahan:
BAHAN A
BAHAN C (Sambal)
1. Panaskan minyak, tumiskan perencah laksa Sarawak hingga naik bau.
Cadangan Hidangan:
Selain menggunakan isi ayam yang telah dihiris nipis, and juga boleh menggoreng ketulan ayam sebelum menumis perencah laksa Sarawak dan masakkan sekali di dalam kuah laksa.
Saya tak tahu dimana anda harus mendapatkan perencah laksa Sarawak. Jika tiada anda boleh menggunakan perencah kari daging, tetapi rasa tidak sesedap perencah laksa sarawak.
3:47 PM | | 0 Comments
LAKSA SRI MUTIARA
LAKSA SRI MUTIARA
1 kg mee laksa
1 tangkai bunga kantan(dibelah dua)
Cara:
Masukkan air asam jawa,asam gelugur,daun kesum,bunga kantan,gula & garam ke dalam sebuah kuali enamel. Didihkan selama 10 minit. Masukkan ikan & kecilkan api. Biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga masak,Kemudaian keluarkan dari kuah itu. Sejukkan sedikit. Buangkan kulit & tulangnya serta kikis isinya. Sementara itu, Masukkan pes giling ke dalam kuah & terus didihkan perlahan-lahan selama 1 jam. Keluarkan daun kesum & bunga kantan.Masukkan semula isi ikan itu kedalam kuah. Biarkan sampai mendidih & rasa garamnya. Untuk menghidangkan:Isikan sebahagian daripada mee laksa itu ke dalam sebuah mangkuk.Tuangkan kuah panas itu ke atasnya & bubuh sedikit daripada tiap-tiap bahan hiasan.Hidangkan segera sementara ia masih panas.
Cadangan Hidangan:
Untuk 4-6 orang saja
3:39 PM | | 0 Comments
LAKSA SRI PANTAI TIMUR
LAKSA SRI PANTAI TIMUR
Bahan-Bahan:
10 ekor ikan sardin
Cara:
ikan direbus, dibuang tulang dan diblender. Bawang putih, bawang merah dan halia diblender. Lada hitam ditumbuk lumat. Campurkan semua bahan blender dalam periuk dan tambahkan santan, air, garam, serbuk perasa dan asam keping. Rebus di atas api sederhana hingga mendidih. Kuah perlu dikacau agar tidak berketul. Perlu diingtkan agar tidak dididih terlalu lama cukup sekadar mendidi sahaja.
Cadangan Hidangan:
Dimakan bersama laksa segar atau laksam. Enak dimakan bersama ulam yang terdiri daripada taugeh, timun, daun kesum, bunga kantan dan kacang panjang (yang dipotong halus).
3:36 PM | | 0 Comments
LAKSA KEDAH
Bahan-Bahan:
- Ikan kembung 1 kg (direbus).
Bahan untuk ditabur di atas.
Cara:
Rebuskan ikan dan mesin.Tapiskan dan buang tulangnya.Rendam laksa hingga lembut kemudian rebuskan sehingga lembut.Mesinkan bawang bersama cili kering,belacan.Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk,masukkan air,garam secukup rasa seterusnya masukkan ikan yang telah dikisar tadi.Masukkan bunga kantan,daun kesum, kedalam periuk,tunggu hingga mendidih.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan bersama buah-buahan pencuci mulut.
3:30 PM | | 0 Comments
LAKSA JOHOR
LAKSA JOHOR
500 gm ikan tenggiri(rebus ambil isi)
1 paket sphageti (rebus 10 minit)
Cara:
1. Cili kering, bawang kecil dan bawang putih,serai, udang kering hendaklah dimesin dan diasingkan.
Cadangan Hidangan:
Petua: Untuk lebih perisa sediakan semalaman baru dihidangkan.jika terlalu pekat campurkan denga air atau santan
2:54 AM | | 0 Comments
KEOW TEOW SUP
KEOW TEOW SUP
150 gm kueteau
1 cawan stok ayam
Cara:
Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan daging ayam, sos tiram, minyak bijan, sotong, udang & stok ayam. Kemudian masukkan kueteau, sayur-sayuran & bancuhan tepung jagung. Akhir sekali, pecahkan telur & masak lagi selama 3 minit.
2:39 AM | | 0 Comments
KEOW TEOW LAKNA
KEOW TEOW LAKNA
Bahan-Bahan:
100 gm kueteau
50 gm udang
50 gm sotong (dipotong)
50 gm daging ayam (dipotong)
1 tangkai sawi (dipotong)
sedikit kobis
1 cawan stok daging
2 sudu besar kicap pekat
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar tepung jagung + air
1 biji telurMinyak masak & garam
Cara:
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan kueteau & kicap pekat. Gorengkan selama 2 minit. Angkat & masukkan ke dalam mangkuk. Tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan sostiram, sawi, kobis, ayam, sotong, udang, garam & stok daging. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung & masak hingga mendidih.
Cadangan Hidangan:
Tuangkan kuah ini ke atas kueteau tadi.
2:32 AM | | 0 Comments
CHAR KEOW TEOW
BAHAN A
1) Kicap sotong/kicap mee - 1/3 cawan(kat carrefour pun ada)
2) Kicap pekat - 2 sudu
3) Ajinomoto
4) 1 sudu otak udang
5)Air - 2 cawan
BAHAN B
1) Minyak masak - 3 sudu
2) Keow teow - 1 mangkuk
3) Cili boh - 2 sudu
4) Telur - 1 biji
5) Udang besar - 3 ekor
6) Isi kerang - 10 biji
7) Daun kucai
8) Tauge
Cara:
BAHAN A * Dicampur di dalam periuk & dipanaskan di atas api. * Secukup rasa masin & manis. * Dibiarkan sentiasa panas untuk mempercepatkan proses memasak keow teow. CARA SETERUSNYA * Panaskan minyak masak * Masukkan udang & kerang * Masukkan cili boh * Masukkan daun kucai & tauge * Masukkan keow teow * Masukkan 2-3 senduk BAHAN A * Masukkan telur
Cadangan Hidangan:
*Cadangan hidangan adalah untuk satu orang. *
Tambahan:
*Sukatan bahan terpulang mengikut citarasa anda. * Tempoh memasak yang singkat - 5 minit *Anda cuba dulu. Baru tahu originality resepi ini.
2:24 AM | | 0 Comments
BIHUN GORENG ALA THAI
BIHUN GORENG ALA THAI
Bahan-bahan :
1 paket bihun (direndam),
½ cawan isi ayam dipotong kecil,
udang/Sotong -terpulang banyak mana,
Cendawan( tak kisah apa2 cendawan),
6 biji cili api (ditumbuk)
½-1 biji bawang besar (dipotong bulat2)
1-2 susu besar sos ikan,
1 sudu sos tiram,
sedikit air
sedikit garam,
sedikit kiub pati ayam (ikut citarasa)
Taugeh, Kobis, boleh letak rencah lain-daging, sotong,fishball dll.
Cara:
panaskan minyak, masukkan cili api yang ditumbuk, isi ayam, udang,cendawan atau rencah lain dan sedikit air, kacau rata-rata dan masukkan sos ikan, sos tiram, garam, dan kiub pati ayam kacau hingga sebati baru masukkan bawang besar tadi. Tambah lagi sedikit air supaya bihun kelihatan basah atau lembab.Kemudian masukkan taugeh dan kobis, kacau lagi jika bihun kering tambah air.
Cadangan Hidangan:
Enak dihidangkan bersama cili jeruk. Manakala daun sup, daun bawang sebagai hiasan.
2:05 AM | | 0 Comments
BIHUN GORENG CHINA TOWN
Bahan-Bahan :
1-bihun satu bungkus
2-cabai melaka 6 biji
3-lada hitam 20 biji
4-bawang putih/merah 6 biji
5-sayur lobak merah sawi selodek jagung
bahan untuk menumis,ambil bahan 2,3,4.kisar bahan tadi sehingga lumat.
Cara:
ambil sedikit minyak masak untuk menumis masuk bahan menumis,sehingga kuning. masukan bihun,kacau sehingga bihun lembut masukan telur(kalau perlu),akhir sekali masuk sayur kedalam bihun tadi.kacau sehingga bihun lembut.
Cadangan Hidangan:
setelah masak hidang dalam pinggan,untuk melazatkan lagi,hias dengan daun sup/daun bawang diatas bihun,tabur.
Tambahan:
masuk kan perasa(ajinamoto)garam secukup rasa.
1:09 AM | | 0 Comments
BIHUN GORENG UDANG GERAGAU
Bahan-Bahan:
2 labu bawang besar merah
2 ulas bawang putih
300gm udang geragau
Suku cawan kicap manis
Garam & Aji sedikit
Bihun 1 paket
Udang hidup ½ kilo
Isi ayam 300gm
Cili kering 0.50
Cara:
Panaskan minyak 1 cawan kecil, tumiskan bawang sampai naik bau, masukkan cili blender(cili,udang kering, bawang putih,) sesudah garing masukkan udang hidup, isi ayam kacau sampai naik minyak dah masak semua bahan masukkan bihun yang telah di celur kacau dan balikkan lepas tu masukkan taugeh dan kucai.
Cadangan Hidangan:
Masukkan didalam piring bujur dan taburkan dengan cili merah (cili hidup) dan bawang goreng
1:09 AM | | 0 Comments
ROTI SWEET FRUITS
Disatukan dan Diperap Sejam
1 cawan kismis kuning
1/2 cawan kismis hitam
1/2 cawan zaitun kering dihiris kecil
1/2 cawan buah ceri(merah+hijau) dihiris kecil
1 biji kulit limau (oren)
1/4 cawan jus oren
Bahan Roti :
2 biji telur
1/4 camca teh serbuk pala
1 cawan gula perang
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan susu segar
3/4 cawan tepung gandum serbaguna
3/4 cawan tepung rye
1/2 cawan jagung kisar
1/2 camca tepung serbaguna
1/2 camca teh garam
1 camca teh serbuk penaik
1 camca teh soda penaik
Cara Cara
1. Pukul telur bersama serbuk pala dan gula perang hingga kembang. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan.
2. Masukkann sedikit susu segar ke dalam bancuhan hingga sebati.
3. Masukkan bahan-bahan yang diperap, sambil mengacau adunan
4. Masukkan sedikit susu segar ke dalam bancuhan hingga sebati.
5. Apabila adunan rata barulah dimasukkan bahan-bahan tepung yang diayak bersama, berselang-seli dengan baki susu segar.
6. Tuang adunan ke dalam acuan roti yang disapu sedikit mentega. Bakar adunan selama sejam pada suhu 170darjah C/ 370darjah F.
10:34 PM | | 0 Comments
ROTI AYU MANIS
15gm ragi
130ml susu segar suam panas
680gm tepung roti
110gm mentega
15gm garam
6 biji telur
1 biji telur + 1/4 cawan susu segar (bancuh rata untuk disapu diatas roti)
1 camca gula
Cara Cara
1. Panaskan ragi, gula dan susu. Biarkan selama 10 minit.
2. Masukkan tepung, garam, telur dan mentega, uli selama 10 minit.
3. Biarkan naik 2 kali ganda, setelah itu tumbuk dan uli 10 minit lagi.
4. Bentuk bulat-bulat dan biarkan naik selama lebih kurang 30 minit.
5. Sapukan bancuhan susu segar dan telur di atasnya.
6. Bakar pada suhu 180darjah C/ 360darjah F, selama 20 minit.
10:06 PM | | 0 Comments
ROTI BERINTI
Bahannya:
400gm tepung roti
70gm mentega
36gm gula
17gm susu tepung
7gm garam
1 biji telur
220ml air suam
4g yis
1 s/k pelembut roti [kite tambah]
Caranya
Masuk semua bahan dalam bekas, kecuali air(perlu dimasukkan sedikit-sedikit).
Uli bahan tersebut hingga menjadi doh, dan simpan di dalam frezer 1 jam setengah
Keluarkan doh dari frezer, bentukkan doh spt sfera kemudian leperkan.
Letak inti(mengikuti cita rasa anda) dan kepilkan doh tersebut. Seterusnya uli menjadi bulat. Sekarang doh sedia untuk digoreng / dikukus atau pun dibakar.
8:55 PM | | 0 Comments
ROTI SRI PURI
ROTI SRI PURI
Bahan:- (12 - 14 biji)
2 cwan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam
*3 sudu makan minyak masak (aishah ganti ngan butter, lebih rangup)
*2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
175 ml air panas
*40-50ml air
minyak utk mengoreng
Cara-cara:-
Satukan bahan bertanda (*) n panaskn ..kacau sehingga gula hancur n tutup api
Satukan tepung n yis .. gaul
No. 1 dimskkn kedlm no.2 .. dan digaul dgn mgunakan garfu .. sehingga bercampur shj.
Dgn menggunakan tangan gaul adunan mjadi spt ~ breadcrumb~
Tambah air sedikit2 . adun hingga x melekat kat tgn n mjadi doh
Biarkan doh selama 30 minit. Pastu bolehlah doh dibahagikan kpd 12 bahagian
Canai doh nipis cam karipap / duit 50sen
Siap utk digoreng.Tips mengoreng : mgoreng mgunakan api yg kecil dan sederhana shj .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar akan menyebabkan roti nih x naik kembong ...masa menggoreng hendaklah disimbah2 kan minyak ke atas roti ni .. bila dah mengelembOoong baru ler diterbalikan ..
8:38 PM | | 0 Comments
MURTABAK
MURTABAK
Bahan-bahan ( 6 keping ):
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
kulit popia
2 biji telur
Cara-cara
mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.
12:30 AM | | 0 Comments
ROTI TALIBAN
ROTI TALIBAN
Bahan-bahan:
1.5 kg tepung gandum
500 gram tepung atta
1250 ml air
200 gram minyak sapi
25 gram ibu roti segera
200 gram gula
20 gram garam
20 gram biji-bijirin
Cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan-bahan kedalam mesin pengadun bahan roti dan adunkan selama 10 minit.
Perapkan adunan tadi selama 10 minit kemudian potong dan timbang seberat 150 gram setiap satu.
Perapkan adunan selama satu jam dan kemudian canai adunan dan bakar di dalam ketuhar selama 30 minit dengan suhu 180° C atau panggang selama 5 hingga 10 minit.
12:24 AM | | 0 Comments
RESIPI ROTI JOHN
RESIPI ROTI JOHN
Bahan-bahannya :
Roti hotdog dibelah 2 (amount terpulang pd jumlah org yg nk makan)
Telur 2 biji
Carrot & kobis (hiris nipis…mcm buat coleslaw tulah)
Daging burger 5 keping (ni utk 7-8 org dewasa yg makan)
Butter
Mayonis
Sos cili or tomato
Cara membuatnya :
Rebus daging burger hingga masak. Bila dh masak, hancurkan daging tu, pecahkan telur dan gaul. Put aside.
Carrot & kobis tadi campurkan dengan mayonis and put aside gak.
Kemudian sapu butter pada roti, letak daging hancur td & bakar atas kuali leper
Bila roti dh masak, letak ler sayur tu & tuang sos.
Tadaaaaaa…dh boleh makan.
*Boleh ler klu nk bukak gerai roti john bulan posa nnt.
10:10 PM | | 0 Comments
Roti Goreng
Roti Goreng
Bahan-Bahan:
8 keping roti sandwich (disapukan mentega pada 4 keping sahaja)
Sedikit minyak makan untuk melenser
3 biji telur Garam & lada sulah secukup rasa
Bahan Tumbuk:
90 gm udang kering (direndam & ditoskan)
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Bahan Tambahan:
250 gm ubi kentang (dikupas kulitnya,dipotong dadu & digoreng)
Daun pudina (dicincang)
1 biji sedang timun (dibuang kulitnya,dipotong dadu, di perasakan & ditoskan)
Air panas yang cukup untuk meliputi timun,garam,lada sulah & cuka secukup rasa (dicampurkan untuk memperasakan timun)
Cara:
Pijarkan 2 cudu minyak makan & tumis bahan tumbuk hingga garing.
Toskan minyak kedalam kuali & biarkan sejuk.
Ketepikan sedikit kentang goreng, untuk hidangan tambahannya.
Campurkan kentang selebihnya ke dalam campuran yang telah masak.
Bahagikan inti kepada empat keping roti yang telah disapukan dengan mentega.
Tutupkan dengan kepingan roti selebihnya.
Potongkan kulitt tepinya yang keras & potong menyerong tiap-tiap sandwich.
Pijarkan sedikit minyak untuk melenser.
Celupkan sandwich dalam telur & gorengkan hingga garing.
Toskan betul-betul minyaknya di atas kertas dapur.
Isikan ke dalam pinggan & hidangkan dengan bahan-bahan tambahan.
9:33 PM | | 0 Comments
ROTI TELOR BERKARI
ROTI TELOR BERKARI
Bahan-Bahan:
1)roti
2)telor yang telah di kacau dalam satu bekas.
3)perencah lebih dari meggi kari.
Cara:
1)Potong roti berbentuk segitiga(macam sandwich).
2)Telor yang dikacau dalam bekas tadi di campurkan skali dengan perencah kari megi(agak2 secukup rasa)
3)panaskan kuali dan letakkan sedikit majerin(majerin yg mahal lagi bagus)
4)Roti yang di potong tadi celupkan didalam telor yang telah dikacau dengan kari meggi tadi.(celup satu2)
5)Lepas itu goreng dalam kuali panas yang di taruk majerin td.
Cadangan Hidangan:
Enak di makan begitu saja...makan masa panas2...sedap...
11:55 PM | | 0 Comments