AYAM MERAH

AYAM MERAH















Bahan-Bahan:
1 ekor ayam di potong
Garam secukup rasa
Sos Tomato
Sos Cili
Santan Kelapa ½ biji
Gula secukup rasa
Serbuk Perasa
Halia 1 inci
Serai 2 titik
Lengkuas 1 inci
Buah Keras 2-3 biji
Bawang Besar 2 biji
Bawang Putih 3 ulas
Bawang Merah 3 ulas
cili kering dalam 30 tangkai

Cara:
Panaskan minyak dan goreng ayam yg digaul dgn sedikit garam terlebih dahulu. Selepas itu bila ayam dh masak asing dan ketepikan. Sementara itu kisar cili kering, halia serai, lengkuas, buah keras, bawang besar, bawang putih & bawang merah. Panaskan minyak, tumis bersama bahan yang dikisar tadi. masak atas api sederhana selama 10 minit. kemudian masukkan sedikit sos cili & sos tomato, sedikit garam, gula & serbuk perasa. selepas itu masukkan santan bersama ayam yang di goreng tadi, biar sampai masak. sedia untuk dihidangkan.

0 comments: