Mukadimah

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Blog ini adalah blog koleksi resepi-resepi masakan, kuih, biskut dan mcm2 juadah untuk korang cuba. Resepi-resepi ini dikumpul dan diperolehi daripada pelbagai sumber, blog, website dan aku kumpulkan untuk ko orang semua. Harap dengan ada blog ini hari-hari korang tidak kosong untuk memikirkan apakah yang perlu korang masak atau hidang kepada laki, anak dan family korang. Korang jugak boleh mencuba pelbagai jenis resepi yang ada, aku tahu tidak semua resepi korang expert & pernah masak. Dengan blog ini, aku dan ko smua boleh berkongsi bersama-sama bagi menaikkan suasana dan mood korang serta keluarga. Tapi ingat!!! pentingkan dan amalkan permakanan yang sihat. Banyakkan memakan sayur dan buah, jangan ko ambik lemak dan gula yang byk2.

Kepada owner2 resepi, aku mohon maaf sekiranya aku dah cilok resepi daripada blog-blog korang tanpa pengetahuan. Ade jugak gambar yang aku post adalah hiasan semata2, aku jugak mohon ampun dan maaf kpd owner2 gambar tersebut. Tujuan aku adalah murni iaitu berkongsi RASA bersama semua, Insyallah, Allah akan memberi ganjaran dan keberkatan kepada ko semua krn sudi berkongsi.
Kepada suri rumah, wanita bekerja dan sesiapa sahaja.....mari bersama-sama saya untuk cuba resepi di sini. Ada yang tak pandai memasak? jangan risau...ikuti panduan dari setiap resepi yang ada.....SUAMI anda pasti akan suka dengan masakan anda......Bila SUAMI dah suka, hehehe....gelang? cincin? intan...berlian... sanggup dia kasi....Ingat!!! sebelum memasak pastikan anda baca Bismillah hirohmanirohimmm....dan selawatlah ke atas Nabi....Insyallah makanan anda masak lebih sedap dan enak.....Ingat, ini ada rahsianya!!! Doakan ynag baik-baik untuk family anda....Insyallah.

Cukup dah aku berceloteh kat sini, ko orang pasti tak sabar ke dapor untuk mencuba resepi-resepi yang ada aku collect ni...Selamat mencuba dan menjamu selera disamping ko punye family....

Salam dr aku,
adik_kudin

UBI KAYU BERKEJU

UBI KAYU BERKEJU

Bahan-bahan
1/2 Kg ubi kayu
garam/gula secukup rasa
sedikit planta
sedikit susu pekat manis
10 keping keju
sedikit daun pasli kering

Cara-cara
1. potong ubi dlm ukuran 7-10cm
2. kukus ubi hingga masak
3. Campurkan bahan-bahan (gula, garam, susu pekat manis). kemudian sapukan pada ubi kayu yang siap dikukus.
4. Hiris kepingan keju halus, taburkan di atas ubi kayu yang telah disapu bahan-bahan tadi. kemudian taburkan daun pasli bersama-sama.
5. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180'c selama 15-20 minit.
6. sedia dihidangkan

UBI KAYU BERSUSU

UBI KAYU BERSUSU

Bahan Bahan:
1 ketul ubi kayu (Kalau diparut boleh dapat 1 cawan)-Parut
3 sudu besar gula pasir
1/2 cawan kelapa parut ambil putihnya sahaja (untuk di masukan dlm adunan)
3 camca besar kelapa untuk di buat salutnya
4 sudu susu pekat manis
Sedikit air daun pandan
Garam sedikit

Cara Membuatnya:
Parut ubi halus halus dan perah airnya
Campurkan ubi yang telah diperah airnya dengan kelapa parut tadi,gula,garam,susu pekat manis (sedikit sahaja)
air perahanya 1camca teh kemudian masukan air daun pandan dan di gaul rata rata
Kemudian masukan kedalam dulang lalu di kukus selama 25 minit.Setelah masak dan potong dan salutkan dengan kelapa muda.

BINGKA UBI MADU

BINGKA UBI MADU

Bahan-bahan ( loyang 4 segi 9"x 9"x 3" )
2 kilo ubi kayu kuning @ putih.
2 1/2 cawan gula pasir
4 1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
2 sudu teh madu
sagu dari ubi kayu

Cara-cara
ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan.
kemudian sagat ubi dgn sagat kelapa.
setelah habis sagat perah ubi dgn kain bersih utk mengeluarkan airnya.
air dari perahan tadi yg terus dibuang.biarkan 20 min di dlm mangkuk @ besen.
setelah itu tuang air perahan tadi perlahan2 dan kita akan dapati sagu ubi kayu.
kemudian campur ubi kayu,sagu,gula,garam dan santan.gaul hingga sebati.
tuang adunan dlm acuan yg telah disapu dgn minyak kelapa @ butter.
bakar dlm oven 180C selama 11/2 jam @ sehingga masak.

DAGING MARSALA

DAGING MARSALA

Bahan-Bahan:
1 inci halia(dikisar)
4 ulas bawang putih(dikisar)
1 biji bawang besar(dikisar)
1 peket kecil kayu manis campuran (dikisar bersama sedikit daun kari)
6 biji buah keras(dikisar) sedikit daun ketumbar(dicincang)
1 kilo daging kambing(dipotong dadu)
2 biji ubi kentang
1 biji tomato
2 sudu besar serbuk kari daging babas
1 sudu besar serbuk kunyit
1 kotak/biji santan kelapa sedikit garam dan ajinomoto


Cara:
Rendam daging kambing bersama bahan-bahan yg telah dikisar dan serbuk kunyit selama 30 minit. kemudian masukkan dalam periuk bersama ubi kentang dan tomato.Masukkan serbuk kari daging babas dan biarkan selama 10minit. kemudian masukkan santan kelapa dan kacau.Akhir sekali masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa serta daun ketumbar.Biarkan selama 40 minit supaya daging kambing empuk.

AYAM MASAK TOMATO SPECIAL

AYAM MASAK TOMATO SPECIAL













Bahan-Bahan:
1 kg ayam, dipotong mengikut suka
30 tangkai cili kering, digiling
8 biji tomato
15 biji bawang merah
1 sudu besar air halia
2.5 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
Sedikit garam
6 sudu besar minyak masak
1 tangkai daun ketumbar

Cara:
Panaskan minyak, masukkan kulit kayu manis, cengkih, cili giling, bawang, air halia dan sedikit air. Masukkan ayam, garam dan tomato. Biarkan hingga ayam empuk, masukkan daun ketumbar. Apabila kering baru diangkat.













AYAM MASAK MADU

AYAM MASAK MADU

Bahan-Bahan:
Ayam ½ kilo
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 3 biji
Cili kisar 5 sudu besar
Tomato puree 2 sudu besar
Madu pekat 4-6 sudu besar
Garam secukup rasa


Cara:
-Goreng ayam separuh masak. -Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar hingga naik minyak. -Masukkan tomato puree, garam dan akhir sekali madu sebelum memasukkan ayam.
Cadangan Hidangan:
Lapikkan pinggan hidang dengan daun salad dan taburkan cili merah dan daun bawang di atas ayam. Sungguh enak di hidang bersama nasi tomato.
Tambahan:
Resipi ini adalah paling asas. Jika suka boleh tambah bunga cengkih dan bunga lawang ketika menumis. Dan ayam boleh digoreng bersalut tepung Kentucky perasa normal. Sukatan madu tertakluk kepada kemanisan yang disukai.

AYAM MERAH

AYAM MERAH















Bahan-Bahan:
1 ekor ayam di potong
Garam secukup rasa
Sos Tomato
Sos Cili
Santan Kelapa ½ biji
Gula secukup rasa
Serbuk Perasa
Halia 1 inci
Serai 2 titik
Lengkuas 1 inci
Buah Keras 2-3 biji
Bawang Besar 2 biji
Bawang Putih 3 ulas
Bawang Merah 3 ulas
cili kering dalam 30 tangkai

Cara:
Panaskan minyak dan goreng ayam yg digaul dgn sedikit garam terlebih dahulu. Selepas itu bila ayam dh masak asing dan ketepikan. Sementara itu kisar cili kering, halia serai, lengkuas, buah keras, bawang besar, bawang putih & bawang merah. Panaskan minyak, tumis bersama bahan yang dikisar tadi. masak atas api sederhana selama 10 minit. kemudian masukkan sedikit sos cili & sos tomato, sedikit garam, gula & serbuk perasa. selepas itu masukkan santan bersama ayam yang di goreng tadi, biar sampai masak. sedia untuk dihidangkan.

AYAM KUZI

AYAM KUZI

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
2 biji telur ayam
4 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
½ sudu jintan pedas
2 kuntum bunga pikat
10 batang cengkih
10 biji buah pelaga
10 sen lada sulah
2 batang kulit kayu manis
1 cawan susu cair
1 cawan tomato sos
10 sen halia
1 labu bawang putih
4 biji bawang merah
4 batang daun sup untuk menghias
2 biji buah tomato
4 biji lada merah dibelah-belah
2 cawan minyak kelapa
1 senduk minyak sapi


Cara:
Keluarkan semua isi dalam perut ayam sehingga bersih. Jangan dipotong. Buangkan lehernya. Kemudian dicucuk kulitnya dengan garpu supaya tidak mengelembung. Halia digiling dengan sedikit garam dan dua ulas bawang putih kemudian dilumur pada ayam tadi. Masukkan minyak kelapa dan minyak sapi ke dalam kuali. Apabila panas masukkan ayam, digoreng hingga kuning. Telur direbus kemudian masukkan ayam, digoreng sama. Setelah kuning baru diangkat. Rempah-rempah digiling hingga lumat. Kemudian tumiskan. Masukkan susu, tomato sos, garam dan serbuk perasa. Kacau rata-rata, baru masukkan 3 cawam air. Masukkan semula ayam tadi ke dalam kuali atau periuk dengan dua biji telur yang sudah digoreng ke dalam perutnya. Balikkan sehingga likat betul-betul baru diangkat di hiaskan untuk dihidang.

AYAM SERI KURMA

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (di potong)
2 camca besar lada putih
1 biji buah pala
5 kuntum bunga cengkih
3 labu bawang besar
2 sm halia
½ camca besar jintan putih
4 biji cili merah
Garam secukup rasa
¼ cawan susu cair
4 camca besar serbuk ketumbar
2 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 ulas bawang putih
1 camca besar jintan manis
3 biji tomato
Air asam limau
3 cawan santan pekat
3 camca kecil serbuk kaskas

Cara:
Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan halia diikuti dengan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Serbuk kaskas, jintan putih, serbuk ketumbar, buah pala, lada putih, tomato dan cili digaul bersama santan. Masukkan bahan ini ke dalam bahan tumis tadi. Masak hingga mendidih, masukkan ayam, susu cair, asam limau dan garam.

AYAM SWEET & SOUR

AYAM SWEET & SOUR

Bahan-Bahan:
bahan-bahan A
½ ekor ayam ( dipotong kiub )
Tepung jagung
telur
serbuk lada sulah
minyak masak

bahan-bahan B
3 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
5 ulas bawang merah (tumbuk lumat)
5 sudu makan sos tomato
½ sudu makan gula
sedikit garam

Cara:
Bahan A
1.Ayam dipotong kiub( ambil isi sahaja)dan dicelup telur (dipukul dahulu).
2.masukkan sedikit serbuk lada sulah.
3.Celup ayam tadi ke dalam tepung jagung dan goreng sehingga kekuningan.

Bahan B.
1. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang merah.kemudian masukkan sos tomato diikuti gula serta sedikit garam.
2.Masukkan ayam bersalut tepung tadi ke dalam bahan ini dan digaul rata.Sedia dihidang.

AYAM GORENG THAI

AYAM GORENG THAI

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil-kecil
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 batang serai - diketuk
2 sudu makan cili kisar
1 paket sos tomyam (jenama Adabi)
1 cawan santan pekat
½ batang lobak merah
2 biji ubi kentang - potong kecil
sedikit kacang panjang - dipotong
sedikit garam, gula dan perasa

Cara:
Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk halus. Tumiskan serai dan bahan tumbuk dan masukkan cili kisar,kacau hingga garing dan masuk pula sos tomyam. Kemudian masukkan santan pekat, diikuti dengan ayam dan kentang. Kacau hingga kuah agak pekat dan masukkan lobak merah, kacang panjang. Perasakan dengan garam dan gula.