Mukadimah

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Blog ini adalah blog koleksi resepi-resepi masakan, kuih, biskut dan mcm2 juadah untuk korang cuba. Resepi-resepi ini dikumpul dan diperolehi daripada pelbagai sumber, blog, website dan aku kumpulkan untuk ko orang semua. Harap dengan ada blog ini hari-hari korang tidak kosong untuk memikirkan apakah yang perlu korang masak atau hidang kepada laki, anak dan family korang. Korang jugak boleh mencuba pelbagai jenis resepi yang ada, aku tahu tidak semua resepi korang expert & pernah masak. Dengan blog ini, aku dan ko smua boleh berkongsi bersama-sama bagi menaikkan suasana dan mood korang serta keluarga. Tapi ingat!!! pentingkan dan amalkan permakanan yang sihat. Banyakkan memakan sayur dan buah, jangan ko ambik lemak dan gula yang byk2.

Kepada owner2 resepi, aku mohon maaf sekiranya aku dah cilok resepi daripada blog-blog korang tanpa pengetahuan. Ade jugak gambar yang aku post adalah hiasan semata2, aku jugak mohon ampun dan maaf kpd owner2 gambar tersebut. Tujuan aku adalah murni iaitu berkongsi RASA bersama semua, Insyallah, Allah akan memberi ganjaran dan keberkatan kepada ko semua krn sudi berkongsi.
Kepada suri rumah, wanita bekerja dan sesiapa sahaja.....mari bersama-sama saya untuk cuba resepi di sini. Ada yang tak pandai memasak? jangan risau...ikuti panduan dari setiap resepi yang ada.....SUAMI anda pasti akan suka dengan masakan anda......Bila SUAMI dah suka, hehehe....gelang? cincin? intan...berlian... sanggup dia kasi....Ingat!!! sebelum memasak pastikan anda baca Bismillah hirohmanirohimmm....dan selawatlah ke atas Nabi....Insyallah makanan anda masak lebih sedap dan enak.....Ingat, ini ada rahsianya!!! Doakan ynag baik-baik untuk family anda....Insyallah.

Cukup dah aku berceloteh kat sini, ko orang pasti tak sabar ke dapor untuk mencuba resepi-resepi yang ada aku collect ni...Selamat mencuba dan menjamu selera disamping ko punye family....

Salam dr aku,
adik_kudin