UBI KAYU BERKEJU
UBI KAYU BERKEJU
Bahan-bahan
1/2 Kg ubi kayu
garam/gula secukup rasa
sedikit planta
sedikit susu pekat manis
10 keping keju
sedikit daun pasli kering
Cara-cara
1. potong ubi dlm ukuran 7-10cm
2. kukus ubi hingga masak
3. Campurkan bahan-bahan (gula, garam, susu pekat manis). kemudian sapukan pada ubi kayu yang siap dikukus.
4. Hiris kepingan keju halus, taburkan di atas ubi kayu yang telah disapu bahan-bahan tadi. kemudian taburkan daun pasli bersama-sama.
5. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180'c selama 15-20 minit.
6. sedia dihidangkan
1:32 AM | | 0 Comments
UBI KAYU BERSUSU
UBI KAYU BERSUSU
Bahan Bahan:
1 ketul ubi kayu (Kalau diparut boleh dapat 1 cawan)-Parut
3 sudu besar gula pasir
1/2 cawan kelapa parut ambil putihnya sahaja (untuk di masukan dlm adunan)
3 camca besar kelapa untuk di buat salutnya
4 sudu susu pekat manis
Sedikit air daun pandan
Garam sedikit
Cara Membuatnya:
Parut ubi halus halus dan perah airnya
Campurkan ubi yang telah diperah airnya dengan kelapa parut tadi,gula,garam,susu pekat manis (sedikit sahaja)
air perahanya 1camca teh kemudian masukan air daun pandan dan di gaul rata rata
Kemudian masukan kedalam dulang lalu di kukus selama 25 minit.Setelah masak dan potong dan salutkan dengan kelapa muda.
1:25 AM | | 0 Comments
BINGKA UBI MADU
BINGKA UBI MADU
Bahan-bahan ( loyang 4 segi 9"x 9"x 3" )
2 kilo ubi kayu kuning @ putih.
2 1/2 cawan gula pasir
4 1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
2 sudu teh madu
sagu dari ubi kayu
Cara-cara
ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan.
kemudian sagat ubi dgn sagat kelapa.
setelah habis sagat perah ubi dgn kain bersih utk mengeluarkan airnya.
air dari perahan tadi yg terus dibuang.biarkan 20 min di dlm mangkuk @ besen.
setelah itu tuang air perahan tadi perlahan2 dan kita akan dapati sagu ubi kayu.
kemudian campur ubi kayu,sagu,gula,garam dan santan.gaul hingga sebati.
tuang adunan dlm acuan yg telah disapu dgn minyak kelapa @ butter.
bakar dlm oven 180C selama 11/2 jam @ sehingga masak.
1:12 AM | | 0 Comments