DAGING MARSALA

DAGING MARSALA

Bahan-Bahan:
1 inci halia(dikisar)
4 ulas bawang putih(dikisar)
1 biji bawang besar(dikisar)
1 peket kecil kayu manis campuran (dikisar bersama sedikit daun kari)
6 biji buah keras(dikisar) sedikit daun ketumbar(dicincang)
1 kilo daging kambing(dipotong dadu)
2 biji ubi kentang
1 biji tomato
2 sudu besar serbuk kari daging babas
1 sudu besar serbuk kunyit
1 kotak/biji santan kelapa sedikit garam dan ajinomoto


Cara:
Rendam daging kambing bersama bahan-bahan yg telah dikisar dan serbuk kunyit selama 30 minit. kemudian masukkan dalam periuk bersama ubi kentang dan tomato.Masukkan serbuk kari daging babas dan biarkan selama 10minit. kemudian masukkan santan kelapa dan kacau.Akhir sekali masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa serta daun ketumbar.Biarkan selama 40 minit supaya daging kambing empuk.

AYAM MASAK TOMATO SPECIAL

AYAM MASAK TOMATO SPECIAL













Bahan-Bahan:
1 kg ayam, dipotong mengikut suka
30 tangkai cili kering, digiling
8 biji tomato
15 biji bawang merah
1 sudu besar air halia
2.5 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
Sedikit garam
6 sudu besar minyak masak
1 tangkai daun ketumbar

Cara:
Panaskan minyak, masukkan kulit kayu manis, cengkih, cili giling, bawang, air halia dan sedikit air. Masukkan ayam, garam dan tomato. Biarkan hingga ayam empuk, masukkan daun ketumbar. Apabila kering baru diangkat.













AYAM MASAK MADU

AYAM MASAK MADU

Bahan-Bahan:
Ayam ½ kilo
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 3 biji
Cili kisar 5 sudu besar
Tomato puree 2 sudu besar
Madu pekat 4-6 sudu besar
Garam secukup rasa


Cara:
-Goreng ayam separuh masak. -Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar hingga naik minyak. -Masukkan tomato puree, garam dan akhir sekali madu sebelum memasukkan ayam.
Cadangan Hidangan:
Lapikkan pinggan hidang dengan daun salad dan taburkan cili merah dan daun bawang di atas ayam. Sungguh enak di hidang bersama nasi tomato.
Tambahan:
Resipi ini adalah paling asas. Jika suka boleh tambah bunga cengkih dan bunga lawang ketika menumis. Dan ayam boleh digoreng bersalut tepung Kentucky perasa normal. Sukatan madu tertakluk kepada kemanisan yang disukai.

AYAM MERAH

AYAM MERAH















Bahan-Bahan:
1 ekor ayam di potong
Garam secukup rasa
Sos Tomato
Sos Cili
Santan Kelapa ½ biji
Gula secukup rasa
Serbuk Perasa
Halia 1 inci
Serai 2 titik
Lengkuas 1 inci
Buah Keras 2-3 biji
Bawang Besar 2 biji
Bawang Putih 3 ulas
Bawang Merah 3 ulas
cili kering dalam 30 tangkai

Cara:
Panaskan minyak dan goreng ayam yg digaul dgn sedikit garam terlebih dahulu. Selepas itu bila ayam dh masak asing dan ketepikan. Sementara itu kisar cili kering, halia serai, lengkuas, buah keras, bawang besar, bawang putih & bawang merah. Panaskan minyak, tumis bersama bahan yang dikisar tadi. masak atas api sederhana selama 10 minit. kemudian masukkan sedikit sos cili & sos tomato, sedikit garam, gula & serbuk perasa. selepas itu masukkan santan bersama ayam yang di goreng tadi, biar sampai masak. sedia untuk dihidangkan.

AYAM KUZI

AYAM KUZI

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
2 biji telur ayam
4 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
½ sudu jintan pedas
2 kuntum bunga pikat
10 batang cengkih
10 biji buah pelaga
10 sen lada sulah
2 batang kulit kayu manis
1 cawan susu cair
1 cawan tomato sos
10 sen halia
1 labu bawang putih
4 biji bawang merah
4 batang daun sup untuk menghias
2 biji buah tomato
4 biji lada merah dibelah-belah
2 cawan minyak kelapa
1 senduk minyak sapi


Cara:
Keluarkan semua isi dalam perut ayam sehingga bersih. Jangan dipotong. Buangkan lehernya. Kemudian dicucuk kulitnya dengan garpu supaya tidak mengelembung. Halia digiling dengan sedikit garam dan dua ulas bawang putih kemudian dilumur pada ayam tadi. Masukkan minyak kelapa dan minyak sapi ke dalam kuali. Apabila panas masukkan ayam, digoreng hingga kuning. Telur direbus kemudian masukkan ayam, digoreng sama. Setelah kuning baru diangkat. Rempah-rempah digiling hingga lumat. Kemudian tumiskan. Masukkan susu, tomato sos, garam dan serbuk perasa. Kacau rata-rata, baru masukkan 3 cawam air. Masukkan semula ayam tadi ke dalam kuali atau periuk dengan dua biji telur yang sudah digoreng ke dalam perutnya. Balikkan sehingga likat betul-betul baru diangkat di hiaskan untuk dihidang.

AYAM SERI KURMA

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (di potong)
2 camca besar lada putih
1 biji buah pala
5 kuntum bunga cengkih
3 labu bawang besar
2 sm halia
½ camca besar jintan putih
4 biji cili merah
Garam secukup rasa
¼ cawan susu cair
4 camca besar serbuk ketumbar
2 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 ulas bawang putih
1 camca besar jintan manis
3 biji tomato
Air asam limau
3 cawan santan pekat
3 camca kecil serbuk kaskas

Cara:
Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan halia diikuti dengan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Serbuk kaskas, jintan putih, serbuk ketumbar, buah pala, lada putih, tomato dan cili digaul bersama santan. Masukkan bahan ini ke dalam bahan tumis tadi. Masak hingga mendidih, masukkan ayam, susu cair, asam limau dan garam.

AYAM SWEET & SOUR

AYAM SWEET & SOUR

Bahan-Bahan:
bahan-bahan A
½ ekor ayam ( dipotong kiub )
Tepung jagung
telur
serbuk lada sulah
minyak masak

bahan-bahan B
3 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
5 ulas bawang merah (tumbuk lumat)
5 sudu makan sos tomato
½ sudu makan gula
sedikit garam

Cara:
Bahan A
1.Ayam dipotong kiub( ambil isi sahaja)dan dicelup telur (dipukul dahulu).
2.masukkan sedikit serbuk lada sulah.
3.Celup ayam tadi ke dalam tepung jagung dan goreng sehingga kekuningan.

Bahan B.
1. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang merah.kemudian masukkan sos tomato diikuti gula serta sedikit garam.
2.Masukkan ayam bersalut tepung tadi ke dalam bahan ini dan digaul rata.Sedia dihidang.

AYAM GORENG THAI

AYAM GORENG THAI

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil-kecil
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 batang serai - diketuk
2 sudu makan cili kisar
1 paket sos tomyam (jenama Adabi)
1 cawan santan pekat
½ batang lobak merah
2 biji ubi kentang - potong kecil
sedikit kacang panjang - dipotong
sedikit garam, gula dan perasa

Cara:
Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk halus. Tumiskan serai dan bahan tumbuk dan masukkan cili kisar,kacau hingga garing dan masuk pula sos tomyam. Kemudian masukkan santan pekat, diikuti dengan ayam dan kentang. Kacau hingga kuah agak pekat dan masukkan lobak merah, kacang panjang. Perasakan dengan garam dan gula.

AYAM GORENG JINTAN BERMADU

AYAM GORENG JINTAN BERMADU















Bahan-Bahan:
600 gm ayam
2 sudu besar halia (dimesin)
2 sudu besar jintan manis (dimesin)
1 cawan gula
2 sudu besar jintan putih (dimesin)
Sedikit garam
4 sudu besar madu
Minyak untuk menggoreng

Cara:
Perapkan ayam bersama bahan-bahan tadi selama setengah jam. Kemudian goreng ayam tadi dan hidangkan.

AYAM BEREMPAH CILI PADI

AYAM BEREMPAH CILI PADI

Bahan-Bahan:
Bahan A:
1 ekor ayam dibersihkan dan dibelah lapan
5 batang serai ditumbuk lumat
1/2 serbuk kari daging
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit tepung beras
Sedikit kunyit serbuk & garam

Bahan B:
1 genggam cili padi
2 labu bawang
1 batang serai.
Garam secukup rasa.

Cara:
LANGKAH PERTAMA:
Setelah ayam dibersihkan,bahan-bahan yang lain dilumurkan ke ayam dan dibiarkan perap selama 1 jam. Setelah diperap, ayam boleh digoreng sehingga kekuningan.

LANGKAH KEDUA:
Bahan-bahan B hendaklah ditumbuk tetapi jangan hancur dan serai hanya dititik. tumis bahan-bahan ini jangan sampai garing. kemudian campurkan ayam gorengan tadi kedalam tumisan ini. Siap untuk dimakan.

AYAM GORENG BEREMPAH ISTIMEWA

AYAM GORENG BEREMPAH ISTIMEWA

Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam(dipotong kecil)
1 paket rempah kari ayam
1/2 paket serbuk chili
6 batang serai
1 tin susu IDEAL(susu cair)
Sedikit gula(secukup rasa)
Sedikit garam(secukup rasa)
Minyak(tidak terlalu banyak)

Cara:
Kukus ayam dalam tempoh 15 minit untuk melembutkan isi ayam. Campur kesemua bahan tersebut dalam 1 bekas dan perap sebentar. Kemudian,gorengkan ayam tersebut sehingga garing. Goreng daun kari dan taburkan di atas ayam tadi.

AYAM MASAK KANTONIS

AYAM MASAK KANTONIS























Bahan-Bahan:
10 ketul ayam
2 labu bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - diketuk
2.5 cm halia muda - dihiris
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil minyak bijan
minyak untuk menumis


Cara:
Gaulkan kesemua bahan dengan ayam. Masukkan ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana. Periuk hendaklah ditutup ketika memasak supaya ayam masak dengan sempurna. Masak dalam lingkungan 15 - 20 minit. Kebiasaan masakan ini tidak berkuah. Jika inginkan kuah banyak, tambah 1/2 - 1 cawan air ketika ayam sedang mendidih. Masakan ini tidak memerlukan garam kerana jus ayam bercampur kicap akan memberikan perisa yang enak.

AYAM SERI KANTAN

AYAM SERI KANTAN


Bahan-Bahan:
250g Isi Daging Ayam yang di potong nipis
½ cawan tepung jagung
1 sudu sos tiram
Minyak untuk mengoreng
2 kuntum bunga kantan
2 batang serai
10 biji cili api
4 helai daun limau purut (dihiris halus)
1 kiub tomyam
½ cawan air
1 sudu madu asli
2 sudu sos mayonis
garam,gula,perasa secukup rasa

Cara:
Isi ayam diperap dengan tepung dan sos tiram selama 1/2 jam. Kemudian di goreng. Jangan terlalu garing. Kurangkan minyak di dalam kuali kira-kira 2 sudu. Tumiskan serai, bunga kantan dan cili api. Masukkan air tomyam, madu. Sudah mendidih masukkan ayam yang telah digoreng. Biarkan seketika hingga sebati.Tutupkan api. Masukkan mayonis dan daun limau purut kacau sama rata.

AYAM CENDAWAN BERLADA

AYAM CENDAWAN BERLADA


Bahan-Bahan:
½ ekor ayam dibelah 16
cendawan butang
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos chili
1 sudu teh lada hitam siap ditumbuk
1 sudu besar gula
sedikit kicap pekat dan kicap soya
garam & serbuk perasa ikut selera
sedikit bancuhan tepung jagung
bahan kisar: 1 biji bawang merah 2 biji bawang putih 1 inci halia
Cara:
Tumis minyak dengan bahan kisar sehingga naik bau. masukkan ayam. apabila ayam sudah sebati dgn bahan tumis, masukkan air sehingga menutupi ayam. biar sehingga ayam empuk. kemudian masukkan cendawan dan bahan-bahan lain, gaul sebati dan renihkan sehingga mendidih. Hidangan siap untuk disediakan.

AYAM BAKAR MADU

AYAM BAKAR MADU












Bahan-Bahan:
1 ekor ayam dipotong 8
50ml sos cili
2 sudu besar soso tiram
5 sudu besar gula halus
3 sudu besar madu
½ sudu garam

Cara:
Kesemua bahan-bahan diatas disapukan pada ayam tadi, panaskan ketuhar 180'C selama 10 minit,kemudian bolehlah bakar ayam tersebut selama 1 jam dengan kepanasan yg sama

AYAM BAKAR BLACK PEPPER

AYAM BAKAR BLACK PEPPER

Bahan-Bahan:
ayam - 1 ekor
bawang putih - 3 ulas (kisar)
bawang merah - 7 ulas (kisar)
serbuk kunyit - 1 sudu teh
serbuk kari daging - 2 sudu besar
gula - 2 sudu besar
garam - ½ sudu teh
lada hitam - 1 sudu besar
mentega - 3 sudu besar
sos tiram - 1 sudu besar
perahan limau/lemon - 4 sudu

Cara:
ayam di gaul bersama bawang,sos tiram,serbuk kunyit,serbuk kari,gula,garam,perahan lemon & lada hitam (yang telah dicampur air). sebaiknya ayam di bakar di loyang/mangkuk supaya minyaknya tidak tumpah dan itu yang menambah perisanya.

AYAM BAKAR TAIRU

AYAM BAKAR TAIRU






Bahan-Bahan:
1 ekor ayam muda
Sedikit minyak
5 ulas bawang merah atau
1 labu bawang besar (dihiris halus)
½ cawan lobak merah diparut
Hati ayam dipotong nipis
¼ cawan badam (digiling)
3 ¼ cawan tairu
1 camca besar ketumbar-digiling
3 ulas bawang putih- digiling
1 camca kecil garam-digiling
Sedikit air limau nipis

Cara:
Ayam dibersihkan dan ditoskan, cucukkan dengan garpu. Gaulkan ayam bersama bahan giling dan perapkan selama 20 minit. Panaskan minyak, tumiskan bawang, hati ayam dan lobak merah, masukkan garam secukup rasa. Kemudian masukkan bahan ini ke dalam perut ayam. Pukul tairu bersama badam hingga sebati. Bakar ayam selama 1 1/4 jam sambil direnjis-renjiskan tairu tadi pada ayam.

AYAM PAPRIK BROCOLLI

AYAM PAPRIK BROCOLLI













Bahan-Bahan:
500 gm ayam dipotong kecil
Sedikit sotong, udang, daging
4 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli
2 helai daun limau purut
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa

Cara:
Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam. Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak. Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.

AYAM CHESE BERMADU

AYAM CHESE BERMADU

Bahan-Bahan:
½ ekor ayam - dipotong
½biji bwg besar - di hiris minyak untuk menumis
3 ulas bwg merah kecil - di hiris
4 ulas bwg putih - dihiris halia sebesar ibu jari
garam dan ajinamoto
½ cwn air
3 sudu mkn sos tiram
2 sudu mkn mayonaise
3 sudu madu lebah
7 keping slice cheese (cheddar)
10 btg kacang buncis - di potong
4sm sedikit daun bwg dan daun sup
5 biji kulat butang - di belah dua
8 kpg kulat abalone - di hiris


Cara:
panas kuali kemudian masukkan minyak. Tumiskan bwg besar, bwg merah kecil, bwg putih dan halia sampai wangi. Lepas tu masukkan ayam, garam, ajinamoto dan air hingga separuh masak lalu dimasukkan sos tiram, mayonaise,madu dan cheese,kacau. setelah hampir masak masukkan kacang buncis, daun sup, daun bwg, kulat butang dan kulat abalone.

Tambahan:
boleh di tambah dengan 2 biji kecil tomato,lada hidup untuk hiasan.

ASAM PEDAS AYAM DARA

ASAM PEDAS AYAM DARA












Bahan-Bahan:
1 ekor ayam dara(potong 8)
5 biji buah keras (dikisar)
10 tangkai cili kering (dikisar)
10 tangkai cili merah (dikisar)
2 labu bawang besar
4 batang serai
1 cm lengkuas
1 cm halia
1 cm belacan
2 biji tomato
2 biji terung
5 batang bendi
2 kelopak lobak masin
Sedikit air asam jawa
4 keping asam keping
3 ikat daun kesum
4 ikat daun pudina
1 kuntum bunga kantan (dihiris)
Sedikit minyak untuk menumisGula & garam secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak, tumis bawang kemudian masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi. Apabila telah wangi, masukkan air asam jawa, asam keping, daun kesum & daun pudina. Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong tadi. Masukkan garam& gula secukup rasa, masak ayam hingga naik bau. Apabila ayam sudah hampir setengah masak masukkan terung, kemudianmasukkan bendi, lobak masin, lebihan daun pudina & akhir sekali taburkan bunga kantan di atasnya.

NASI TOMATO

NASI TOMATO











Bahan-Bahan:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah atau
1 labu bawang besar
½ cawan minyak sapi
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ½ cawan air
2 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
2 cawan beras
¾ cawan tomato sos


Cara:
Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam, biarkan hingga mendidih. Bila sudah kering, masukkan tomato sos. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.